Pages

maeisme On Wednesday, June 3, 2009

Persidangan Fatwa Sedunia bertajuk ‘Fatwa dan Disiplin-disiplinnya’ telah diadakan pada 20-23 Muharram 1430 bertempat di Liga Muslim Sedunia, Makkah al-Mukarramah. Antara pembentang dan pemerhati yang hadir adalah Sohibussamahah Syeikh Abdul Aziz Aali Syeikh (Mufti Besar Arab Saudi), Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhayli, Sohibussamahah Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir), Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jibrin, Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi, anggota-anggota Ulama Besar Arab Saudi, mufti-mufti dari berbagai negara, para ilmuan, perwakilan-perwakilan, dan ramai lagi.

Alhamdulillah, saya berkesempatan meyertai persidangan agung selama empat hari tersebut. Di samping mengoreksi ilmu, peluang yang terhidang juga digunakan untuk beramah mesra dengan ulama-ulama terkemuka seluruh dunia. Dewan persidangan, makan minum dan solat di tempat yang sama. Jadi, 4 hari bukan tempoh yang sebentar untuk bergaul mesra. Hati tidak terkata dibayangi bintang-bintang terkemuka dunia.


Antara yang kerap bersama ialah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhayli,
seorang ilmuan besar dari Syria, penerima tokoh Maal Hijrah 1430 dari kerajaan Malaysia. Banyak menulis buku dalam pelbagai bidang. Antara karya hebat beliau ‘Fiqh Islami wa Adillatuhu’. Sangat mesra dan peramah orangnya. Kebetulan pula beliau agak mengenali Malaysia. Bual bicara banyak berkisar tentang Malaysia. Banyak juga nasihat yang diberikan. Kelibat beliau membuat saya teringin mengenali lebih dekat negara Syria dan masyarakatnya . Moga Allah memberkati beliau.

1 comments:

ab5ya said...

jd wali r mu lonih mail
kacip molek nge syeikh 2
boleh jd tok guru r
mu x oyat pn ado program denuh